semoga ceta ni memberi iktibar buat kita semua....
Semoga
cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .
Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
"Muntahlah atas tangan Amid."
17
tahun dulu.
PETANG itu, di serambi rumah usang milik
keluarga kami di Kuala Terengganu,
saya duduk bersila berhadapan
dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya
Syed Mohammad Nazri
Syed Bidin.
"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.
Amid
menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya
ulang
soalan yang sama.
"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Amid nak jaga emak sampai akhir
hayat," jawab Amid dengan lembut,
tetapi tegas.
Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
"isshhh.
betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun
masih
belum habis," hati saya berkata kata.
"Cakap betul-betul dengan
abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat
kacau ke?" pujuk saya
lagi.
Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah
kerana tidak tahan dengan gangguan
budak-budak nakal.
"Betul
bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti
kalau
Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak
tinggalkan
mak," katanya separuh merayu.
Melihat kesungguhannya, saya jadi
buntu. Nampak gayanya, Amid tidak
bergurau.
"Betul ke ni?"
soal saya masih tidak percaya.
"Betul," balas Amid pula tanpa
ragu ragu.
"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan
saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk
ke dalam rumah.
Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu
benar-benar memberi kesan
terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah
ada kesedaran mahu berbakti
kepada emak.
Tetapi, peristiwa itu
berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur
pun sudah
mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu
terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu
bersekolah dulu kerana
mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid
telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya
yang lain, memang
dia ikhlas mahu menjaga emak.
Memang tidak dapat dinafikan, di
antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak
yang paling taat terhadap
emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu
tertib ketika bersama
emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup,
saya dan
adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap
kasar
terhadap emak.
Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan
merujuk kepada emak terlebih
dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A
kata emak, A jugalah katanya. Hitam
kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya
sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti
Amid.
Pernah
juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di
sana,
tetapi dia menolak.
Katanya, biarlah dia tinggal
bersama emak.
"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
Sapa
nak uruskan lembu kambing? Kakak?
Dia perempuan. Mana larat
buat kerja yang berat-berat.
Lagipun takkan nak biarkan rumah
ni tak ada lelaki?"
"Abang dan kakak pun dah ada
keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang
Mat pula dah duduk di
KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja
jaga kambing dan
lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.
Setiap kali saya
mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya
mengalah.
Kami
adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak
akan
setuju untuk ke Kuala Lumpur.
Amid dan emak
bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh
berpisah.
Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak
yang
sudah tua itu.
Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun,
Amid tetap akan
mendahulukan emak.
Sekiranya
dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah
sesiapa
sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
Ada
kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata
untuk
menjaga hati Amid.
Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu
barangan, dia tidak akan terus
membelinya. Amid terlebih dulu akan
pulang dan meminta izin emak untuk
membeli barang tersebut.
Sekiranya
emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia
tidak
akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.
Ketika emak
terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya.
Kami
adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak
lelaki
untuk menjaga emak.
Maklumlah, kami di Kuala
Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan
kami.
Cerita
emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di
ruang
tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di
biliknya
selama emak terlantar.
Pantang terdengar emak bergerak Mau
terbatuk di tengah malam buta, Amid
pasti terjaga.
"Kenapa
mak?
Mak nak buang air ke?
Lapar? Mak nak minum?"
Amid
akan bertanya pada emak.
Sekiranya emak mahu buang air, Amid
akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan
menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid
akan memicit-micit
kepala emak sehingga orang tua itu terlena.
Jika
emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh
emak
daripada kedinginan malam.
Satu malam, cerita emak kepada saya
lagi, ketika sedang berbaring,
tiba-tiba dia berasa pening kepala.
Lalu emak pun mengadu pada Amid yang
sedang berbaring di sebelahnya.
Amid
bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa
nak
muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun
untuk mengamhil besen, apabila melihatkan
keadaan emak, membatalkan
hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu
menadah tangannya, meminta emak
muntah di telapak tangannya.
Berlambak
muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun
tidak
kisah atau berasa geli-geleman.
Apabila mendengar cerita emak,
saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup
berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini,
apabila saya
teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
Sebak
hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika
dia
sedang terlantar sakit.
Pengorbanan Amid terhadap emak memang
tidak mampu dilakukan oleh
adik-beradik yang lain termasuk saya
sendiri.
Di samping itu, Amid juga
bertanggungjawab memberi makan lembu kambing
sebanyak 30 ekor.
Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga
emak sehingga
sembuh sepenuhnya.
Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke
usianya hampir mencecah 30-an, rutin
hidup Amid tidak pernah
berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas
solat Zuhur, dia akan pulang untuk
makan tengah hari.
Sementara
menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan
lelah.
Kemudian,
selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun
yang
jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu
kambing
yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.
Begitulah
kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup
matang
untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke
arah
itu.
Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita
bergelar ibu di
dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004
AJAL
dan maut di tangan Tuhan.
Tidak ada sesiapa yang
mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak
menyangka, hari
itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
Terlalu
cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid
meninggal dipanah petir.
Ceritanya begini
Pada
hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid
menunaikan
solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang
motosikal buruknya ke kebun untuk
menghalau kambing dan lembu masuk
semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula
memancar diiringi dentuman
guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek,
Amid berada di kandang sehingga
pukul 6.00 petang.
Mek nampak
Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja
dengan
kandang haiwan itu.
Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun
dengan lebat. Kakak saya,
Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana
sedang berada di rumah mereka pada
waktu itu.
Apabila hujan
lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka
sangkakan
Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung
tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid
sudah pulang ke
rumah sebelum hujan turun.
Tiba-Tiba.
prangggggg.
tuuuuummmmt!
Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu
membuatkan Mek, Jah, Nor
dan Ana terperanjat.
Panahan
petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam
di
belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
Pada
masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira
dua
kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman
petir
itu.
Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba
saja jadi lemah. Dirinya terasa
seperti di awang-awangan.
Tiba-tiba
mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"
Hati emak
jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di
kebun.
Emak
tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.
Kira-kira
setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan
guruh
juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
Dia
menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.
Mek
mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk
keluar
bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak
jauh
dari rumah mereka itu.
Sampai di sana...
"Ya Allah, adik
akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring
mengiring
di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.
Mek memangku
kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid
tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.
Cerita Mek
kepada saya.
ketika itu dia melihat darah
mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan
lukanya pula seperti
terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke
paras dada,
menjadi hitam kesan terbakar.
Amid dibawa ke hospital dengan
hantuan seorang jiran dan disahkan sudah
meninggal dunia.
Ketika
menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek
pun
bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik
pada
mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita
Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah
kiblat
dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.
Lazimnya
seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota
badannya
tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah
dibaringkan
dan tangannya dikiamkan ke dada.
cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi
Jumaat 8 Oktober 2004
PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah
kami. Mayat Amid terbujur kaku
diselimuti kain kapan di ruang tamu.
Saya
terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk
menguruskan
urusan pengebumian Amid.
Di sekeliling mayat, kelihatan
saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk
orang-orang kampung
membacakan surah Yasin.
Setelah solat jenazah,
mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai
urusan pengebumian,
azan solat Jumaat pun berkumandang.
Sehari selepas Amid
dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah
Yasin.
Saya
tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang
khusyuk
membaca Yasin.
tiba tiba saya terdengar suara
burung berkicauan di atas pokok-pokok di
kuburan itu.
Pada
mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi
lama-kelamaan,
saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.
Saya
pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing
dan
galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya
sebab sewaktu mula-mula sampai ke
tanah perkuburan, langsung tidak
nampak kelibat seekor burung pun.
Saya menyambung kembali bacaan
sehingga tamat.
Anehnya, sebaik saya habis
membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu
hilang serta-merta.
Apabila
saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi
juga
sudah ghaib entah ke mana.
Serentak itu saya terbau saw haruman
yang tidak pernah saya rasai sebelum
ini. Baunya amat harum.
Saya
mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain
yang
berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.
Tiada
orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
Saya kemudian
meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih
terfikir-fikir
tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke
rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau
haruman yang
sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati
bau
tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.
Subhaanallah!
Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.
Bukanlah tujuan
saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau
bertujuan
untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami,
Amid
menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah
ini
ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.
Setiap
kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak
membunuh
ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan
orang-orang
tua di akhbar atau majalah,
pasti saya akan teringatkan
sikap Amid.
Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir
lebih dua tahun lamanya,
namun apabila saya terkenangkannya, saya
akan menitiskan air mata. Sedih
dan terharu apabila mengenangkan
pengorbanan Amid terhadap emak.
Namun, dalam sedih, ada terselit
di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya
kepada ibu, dan peristiwa
pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya,
membuatkan saya
yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat
seorang
anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir
hayatnya.
"Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal
mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku
dan
kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali
(untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.
No comments:
Post a Comment