Keberkatan
surah al-ikhlas
Ketika
Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan
apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
|
Sebelum Masuk Ke
Rumah
Sebelum anda masuk
rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki
kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.
Amalkanlah
bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam
, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika
Sakit
Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga
dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan
selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).
Khatam
al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Pahala
Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit,
maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu
terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap
padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi
Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail
a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
No comments:
Post a Comment