Islamic Widget

Tuesday, January 25, 2011

Dapat Callg Intrview!! HuRRRaYYY!!!

Assalammualaikum!!! Hehe.. lame lah beta x blogg nih.. arini bohsan betullah... menyesal plak xsmbg kntrak.. dah dekat sbln aku mngglkn samsung.. rndu kat member2... arini hidup ade jgkk la koje aku buat.. dari bsh pggn smpi lah mngmas rumah.. mcm pompuan.. dah bosan, aku belasah jela.. skrg2 dpt rngnkn keje umah mak beta.. hahahaa... tp pada pukul 5.50pm td.. on pggl interview!!! srnk nnyer... hahaha.. harap2 dapat kije baru... hmm... mst my gegurl suke dgr.. heehe.. love u bby gurl!!! muaaaaaxxxxx..

Wednesday, March 17, 2010

Cara jawab tepon Baek punyer!!!

Sebenarnye cara jawap tepon yang kite amalkan adalah salah...dan kebanyakannye sama..terpikirkah anda ntuk menjawap ngan jawapan yang betul.Jadi di sini kita akan cube menukar jawapannye(xle korang boring sgt kalau jadi operator)

1.Soalan:Hallo,may I speak to Ina please?
Jawapan:maap, sini bukan balai polis..

2.Soalan:Hallo,sape di sana?
Jawapan:ntah,saya kat sini,mane saya tau sape kat sane...

3.Soalan:Hallo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan:nak cakap je ler..buat ape tanye saya...

4.Soalan:Hallo,bolah sambungkan ke nombor 65237001?
Jawapan:maaf cik,nombor xlehdisambung,hanye boleh dicampur..

5.Soalan:Halo,mak ade rumah?
Jawapan:mak xde rumah,bapak ade sebab rumah bapak yang beli..

6.Soalan:Halo,Ina ko buat ape tu?
Jawapan:kan saya tgh bercakap ngan awak skrang ni..

7.Soalan:boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan:maaf,nombor yang anda dail xmahu memberikan perkhidmatannye.tima kasih.

8.Soalan:Hallo,tolong panggilkan Samad,saya nak bercakap ngannye..
Jawapan:sila panggil sendiri,saya sibuk,maaf..

9.Soalan:Hallo...
Jawapan:Hallo,pusat sakit mental di sini,anda ingin mendaftar?

10.Soalan:Hallo,saya nak tumpang bertanye.....
Jawapan:maaf,ini bukan kaunter pertanyaan.

11.Soalan:Hallo,betul ke ni nombor 23548620
Jawapan:sila dail sekali lagi,kalau saya masih menjawap,betul le tu...

12.Soalan:Assalamualaikum....
Jawapan:Waalaikumsalam.(terus letak)salam kite wajib jawap...

aaa....lepas buat sume ni...ko kene marah ke....kene pelangkung ke....aku x bertanggungjawab..ko tanggung la sendiri yerrr...aku cume jadi pencadang je...ok? sekadar gurauan jer.. hahaha..

Semoga Berjaya

Kisah Benar Seorang anak Yg Taat Kpd Ibunya

semoga ceta ni memberi iktibar buat kita semua....
Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan..... .

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu,
saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya
Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya
ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir
hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun
masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat
kacau ke?" pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan
budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti
kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak
tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak
bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan
saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan
terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti
kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur
pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu
bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya
yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak
yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu
tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup,
saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap
kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih
dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam
kata emak, hitamlah kata Amid.

Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti
Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di
sana, tetapi dia menolak.

Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?

Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?

Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.

Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang
Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja
jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya
mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak
akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh
berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak
yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan
mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah
sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.

Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata
untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus
membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk
membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia
tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya.
Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak
lelaki untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan
kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di
ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di
biliknya selama emak terlantar.

Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid
pasti terjaga.

"Kenapa mak?

Mak nak buang air ke?

Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.

Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid
akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh
emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring,
tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang
sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa
nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan
keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak
muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun
tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini,
apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.

Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika
dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh
adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing
sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga
emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin
hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk
makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan
lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun
yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu
kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup
matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke
arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di
dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak
menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid
menunaikan solat Asar.

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk
menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.

Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman
guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga
pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja
dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya,
Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada
waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka
sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.

Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid
sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor
dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam
di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira
dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman
petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa
seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, "Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di
kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan
guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk
keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak
jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring
mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,

tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.

ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan
lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke
paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah
meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek
pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik
pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah
kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota
badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah
dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku
diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk
menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk
orang-orang kampung membacakan surah Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai
urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah
Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang
khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di
kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi
lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing
dan galak berkicau.

Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke
tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.
Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu
hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi
juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum
ini. Baunya amat harum.

Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain
yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih
terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.

Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau
haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati
bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau
bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami,
Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah
ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak
membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan
orang-orang tua di akhbar atau majalah,

pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya,
namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih
dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya
kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya,
membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat
seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir
hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan)".


- Surah Luqman ayat 14.

Monday, January 11, 2010

Keberkatan surah al-ikhlas

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
 Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
 Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam ,   seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
 Ketika Sakit
 Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-Quran
  Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
  Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
 Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

BIODATA RASULULLAH SAW


      BIODATA RASULULLAH SAW

      · Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
      · Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan   20 April 571  Masehi

        (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
      · Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
      · Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
      · Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
      · Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
      · Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
      · Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali  Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

     
USIA 5 TAHUN

      · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan

        yang wujud di dalam hatinya.

     
USIA 6 TAHUN

      · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara

        Makkah dan Madinah).
      · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

     
USIA 8 TAHUN

      · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
      · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

     
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

      · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
      · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk

        menceritakan tentang  pengutusan seorang nabi di kalangan  bangsa Arab yang akan lahir itu.

     
USIA 20 TAHUN

      · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu

        usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan
        mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
      · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


       USIA 25 TAHUN

      · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan  Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
      · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
      · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad

        (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
      · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

     
USIA 35 TAHUN

      · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
      · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
      · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad '  ke tempat asal dan sekaligus meredakan

        pertelingkahan  berhubung perletakan batu tersebut.

     
USIA 40 TAHUN

      · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan  Rasul akhir zaman.

     
USIA 53 TAHUN

      · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
      · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

     
USIA 63 TAHUN

      · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.






ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

      § Khadijah Binti Khuwailid.
      § Saudah Binti Zam'ah.
      § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
      § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
      § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
      § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
      § Zainab Binti Jahsy.
      § Maimunah Binti Harith.
      § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
      § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).



  
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

      1.. Qasim
      2. Abdullah
      3.. Ibrahim
      4. Zainab
      5. Ruqaiyah
      6. Ummi Kalthum
      7. Fatimah Al-Zahra '

  ANAK TIRI RASULULLAH SAW

      Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi

     (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah
      seorang janda).


     
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

      1.  Thuwaibah 1.  Hamzah
      2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


     
SAUDARA SUSUAN

      1.  Halimah Al-Saidiyyah

      2.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
      3.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
      4.  Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
      5.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


     
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
      (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


      1. Al-Harith
      2. Muqawwam
      3. Zubair
      4. Hamzah ***
      5. Al-Abbas ***
      6. Abu Talib
      7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
      8. Abdul Ka ' bah
      9. Hijl
      10. Dhirar
      11. Umaimah
      12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
      13. Atiqah ##
      14. Arwa ##
      15. Umaimah
      16. Barrah
      17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

      *** Sempat masuk Islam.
      ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

      Sabda Rasulullah SAW:
      " Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.

        Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

      Nabi Muhammad SAW - Manusia agong





     
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

      Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi
      yang pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
      dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

      Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

      - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
      - Aku melihat cahaya dari lidahnya.
      - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
      - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
      - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
      - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
      - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
      - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
      - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
      - Wajahnya seperti bulan purnama.
      - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
      - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
      - Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang...
      - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
      - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
      - Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
      - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
      - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
      - Janggutnya penuh dan tebal menawan.
      - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
      - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
      - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
      - Rambutnya sedikit ikal.
      - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
      - Rambutnya terbelah di tengah.
      - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
      - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
      - Seimbang antara kedua bahunya.
      - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
      - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
      - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
      - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
      - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
      - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
      - Warna putihnya lebih banyak.
      - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
      - Warna kulitnya putih tapi sihat.
      - Kulitnya putih lagi bercahaya.
      - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
      - Badannya tidak gemuk.
      - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
        sederhana lagi kacak.
      - Perutnya tidak buncit.
      - Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
        baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

     
KESIMPULANNYA :

      Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
      sepanjang zaman.  Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Wednesday, January 6, 2010

1st Time with Blogging!!!

Assalammualaikum, =)
waa... 1st time aku wat blog.. cam xcaye... hihii..
ape yg akan ade dlm blog ak???
hmm..
  1. perkara tntg islam yang boleh dikongsi bersama..
  2. perkara2 menarik(mcm2 ada...)
  3. i 'll to make all the readers enjoy with my blog!!