Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan
apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke
Rumah
Sebelum anda masuk
rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki
kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.
Amalkanlah
bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam
, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika
Sakit
Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga
dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan
selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).
Khatam
al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.
Pahala
Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit,
maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu
terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap
padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi
Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail
a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari
Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April
571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa
tentera bergajah Abrahah
yang menyerang kota
Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu
Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin
Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti
Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah
Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan
bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama :
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah
binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan
yang wujud di dalam
hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab
ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa
' (sebuah kampung yang terletak di antara
Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh
Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul
Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib
pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula
oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia
12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya,
Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita
Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk
menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan
Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu
usia Muhammad SAW
ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu
beberapa hari dan berperanan
mengumpulkan anak-anak
panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian
Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang
dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke
Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid
Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani
oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama
Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru
bin Asad
(bapa saudara Khadijah) untuk meminang
Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada
Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah
dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah
dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi
kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan
sekaligus meredakan
pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira
' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah
Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada
tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di
Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,12 Rabiulawal
tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar
(anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak
Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu
Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah
(digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin
Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah
(digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy
bin Zurarah al-Tamimi
(anak kepada SaidatinaKhadijah bersama
Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah
seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1.
Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah
bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan
bin Harith bin Abdul Mutallib
3. Abdullah bin Harith
bin Abdul ' Uzza
4. Syaima ' binti
Harith bin Abdul ' Uzza
5. ' Aisyah binti
Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL
MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya
Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada
Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat
tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
" Sesiapa yang
menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang
mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat
Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia
agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi
yang pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi
para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat
lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari
lidahnya.
- Seandainya kamu melihat
Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih
cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari
yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat
lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa
gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya
sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi
lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan
purnama.
- Dahi baginda luas, raut
kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di
antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan
bulu mata yang panjang...
- Garis-garis merah di
bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung,
bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana
luas dan cantik..
- Giginya kecil dan
bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata,
cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal
menawan.
- Lehernya kecil dan panjang,
terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih
seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi
terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg
menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di
tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak
rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras
dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua
bahunya.
- Pergelangan tangannya
lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
- Tapak tangannya bagaikan
sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut
tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak
kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di
bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih
spt kapur atau coklat tapi campuran coklat
dan putih.
- Warna putihnya lebih
banyak.
- Warna kulit baginda putih
kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi
sihat.
- Kulitnya putih lagi
bercahaya.
- Binaan badannya sempurna,
tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan
tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada
tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan
lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah
manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.